Monday, July 7, 2008

Antara Kawan, Teman & Sahabat

Kawan
  • hanya sekadar untuk sementara waktu dan ketika diperlukan
  • hadir umpama embun dan hilang setelah terbitnya mentari
  • sekadar untuk melepaskan tekanan dan bergembira

Teman

  • selalu mendampingi kita tatkala kesenangan datang menghampiri
  • boleh di bawa berbincang ketika kita dilanda sesuatu atau masalah
  • mampu membuat kita ketawa tetapi tidak mampu untuk berkongsi ketika sedih
  • suka meminta dan berkongsi tetapi lari meninggalkan kita apabila kita kosong dan tiada apa mampu untuk diberi
  • berkongsi kejayaan ketika kita di hadapan tetapi menusuk duri apabila berada di belakang

Sahabat

  • boleh dikatakan dimana ada kita di situ ada dia
  • ibarat bulan dan bintang slalu bersama..tidak kira walau apa ju
  • tidak menikam dan tidak pula mengejek di kala kita kesusahan
  • setia dan selalu menyokong diri kita
  • tidak pernah menyalah anggap dan selalu menafsir yg baik-baik sahaja

walaupun kita mempunyai berjuta kawan sekalipun..masih tidak mampu untuk menandingi erti maksud seorang sahabat..sahabat ibarat cahaya yang selalu ada untuk meneman dan menyuluh jalan kita yang selalu dalam gelap gelita..bila baca kisah-kisah sahabat Rasulullah s.a.w, tdk dpt dicari sahabat sedemikian pada zaman skrg ni...harap2 semoga akan hadir sahabat untukku.....Amin

1 comment:

tHe anIMateD bIJaN said...

i've got alot of fren.. a lot of teman and a little sahabat.. but thanx for all of them.. they coloured my life.. miss u all and love u all..